• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 13,500 Mangsa Banjir Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit setakat 1 tengah hari ini berikutan pertambahan bilangan mangsa banjir di Tumpat berikutan air dari Sungai Golok kini mengalir ke jajahan itu.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, sebanyak 3,870 orang daripada 1,233 keluarga kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di jajahan itu berbanding 3,549 orang daripada 1,139 keluarga pagi tadi.

Satu lagi pusat pemindahan dibuka di Tumpat hari ini, menjadikan jumlahnya kepada tujuh.

Susulan itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 13,521 orang daripada 4,821 keluarga berbanding 13,449 orang daripada 4,790 keluarga pada 9 pagi tadi.

Jumlah manga banjir paling banyak direkodkan di Pasir Mas iaitu sebanyak 9,461 orang daripada 3,544 keluarga yang ditempatkan di 25 pusat pemindahan manakala sebanyak 190 orang daripada 44 keluarga di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh.

Sementara satu pusat pemindahan di Kota Bharu telah ditutup tengah hari ini.

Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my. hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9 meter (m), namun menunjukkan trend penurunan.

Paras air Sungai Kelantan semakin surut dan berada di bawah paras bahaya dengan bacaan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 13.13 m berbanding 13.17m pagi tadi (paras bahaya 16m) manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd