• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Kekal Beraksi Dalam Liga Malaysia Musim Ini

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Teka-teki penyertaan skuad The Red Warriors dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya memutuskan untuk kekal beraksi.

Ini selepas KAFA berjaya memperoleh suntikan dana yang diharapkan menerusi penajaan daripada dua syarikat iaitu RedONE dan Al Hamra Group.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata keputusan untuk kekal beraksi dalam Liga-M dicapai selepas kedua-dua syarikat berkenaan bersetuju menjadi penaja utama skuad The Red Warriors musim ini.

“Hari ini kita akan mendaftar 23 pemain termasuk seorang pemain import kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bagi membolehkan Kelantan kekal beraksi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi RedONE, Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Al Hamra Group.

RedONE adalah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan manakala Al Hamra Group merupakan syarikat berasaskan pertanian dan perladangan.

Sementara itu, Annuar berkata pihaknya membuat keputusan menjadi penaja utama melalui dua syarikat tersebut bagi membolehkan Kelantan terus beraksi pada saingan musim ini.

“Peringkat awal, sebanyak RM3 juta disediakan sebagai jaminan untuk membolehkan pasukan Kelantan terus beraksi.

“Kami juga menaja tiga pemain import iaitu seorang pemain dari Asia dan dua pemain dari Eropah yang mana kami akan bertanggungjawab berkaitan pengurusan mereka,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu dilakukan setelah mengadakan perbincangan dengan KAFA pada malam semalam mengenai nasib dan kemelut yang dihadapi persatuan tersebut.

“Saya bersetuju menjadi penaja, namun tidak akan kembali menjadi Presiden KAFA kerana saya mahu melihat Kelantan beraksi,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan KAFA mahu menarik diri daripada saingan Liga-M kerana menghadapi kemelut kewangan yang kritikal. – BERNAMA

Tags: KelantanLiga Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd