• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Tiada Kaitan Caj 20 Sen Guna Beg Plastik

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bayaran 20 sen yang dikenakan terhadap penggunaan beg plastik di Selangor mulai 1 Januari lepas dikeluarkan kerajaan negeri dan tiada kaitan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri berkenaan, Tan Sri Noh Omar berkata beliau menerima banyak panggilan dan SMS yang menyalahkan kerajaan persekutuan khususnya kementerian itu berhubung pelaksanaan kempen tersebut.

“Rakyat keliru sehingga menuduh kerajaan persekutuan tiada duit ke sampai nak jual satu plastik 20 sen. Pelaksanaan ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor dan mereka tidak rujuk pada kita (KPKT) pun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pangsapuri Seri Nipah di Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya dekat sini.

Noh berkata demikian bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung pelaksanaan ‘Kempen Selangor Bebas Plastik’ yang dilancarkan kerajaan negeri Selangor pada 22 Disember lepas.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dilaporkan berkata selaras dengan kempen itu, bayaran 20 sen akan dikenakan terhadap penggunaan beg plastik bermula 1 Januari 2017, dan pada masa sama, kerajaan negeri turut mengharamkan penggunaan beg plastik.

Wong berkata sebelum ini kempen itu hanya terhad pada Sabtu, namun ia akan diperluaskan kepada tujuh hari.

Dalam pada itu, Noh membidas tindakan kerajaan negeri yang mengenakan bayaran 20 sen terhadap penggunaan beg plastik walaupun telah mengharamkan penggunaannya.

“Kata tidak boleh guna plastik tetapi kenapa jual pula? Siapa yang dapat 20 sen itu? Saya pun hairan kalau nak kuatkuasakan larangan penggunaan beg plastik tidak payahlah jual…nak buat undang-undang buatlah betul-betul, jangan susahkan rakyat.

“Rakyat Selangor jangan salah faham, walaupun KPKT menjaga pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi di Selangor, PBT ada kuasa sendiri. Sejak memegang KPKT ini saya lihat kalau kerajaan berbeza (di negeri ditadbir pembangkang) rakyat akan rugi…saya nak tegur tetapi saya tiada kuasa penuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: beg plastikKPKTTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd