• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pagar Sempadan M’sia-Thai Baharu Perlu Dibina Segara

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Pagar sempadan darat Perlis-Thailand yang baharu perlu dirancang dan dibina semula supaya kedaulatan dan keselamatan negara terpelihara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda pembinan pagar tersebut hendaklah mengambil kira keperluan situasi keselamatan semasa dan dipertingkatkan keupayaannya dengan menggunakan teknologi seperti CCTV, peralatan penglihatan malam dan sensor gerakan.

“Perubahan arus perdana mewujudkan keperluan untuk kerajaan melestarikan pembangunan dan keselamatan sempadan darat antarabangsa agar ia berkembang seiring kemajuan ekonomi dan konsep tiada kompromi dalam aspek keselamatan.

“Kekangan perbelanjaan dan kekurangan anggota bukan alasan yang menghalang pembinaan pagar berteknologi yang berupaya meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan agensi penguat kuasa,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri di sini bertitah selepas meninjau pagar tersebut dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam dengan menunggang motosikal petang semalam.

Baginda diiringi pengarah Majlis Keselamatan Negara negeri Perlis, Safrul Faiz Abd Satar yang turut mempersembahkan taklimat keselamatan terkini sempadan Perlis-Thailand.

Kali terakhir baginda meninjau kawasan tersebut dengan bermotosikal ialah pada 2011.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah anggota keselamatan perlu diberi penekanan untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan supaya tidak ketinggalan dalam kemajuan semasa.

“Dalam hubungan ini, beta ingin tegaskan latihan dan transformasi berterusan serta kelengkapan teknologi terkini amat penting supaya mereka dapat melangkaui kemampuan penjenayah rentas sempadan.

“Agensi-agensi kerajaan di sempadan juga harus meningkatkan kolaborasi dan komunikasi strategik serta melaksanakan operasi secara bersepadu kerana lebih berkesan, ekonomikal dan mengukuhkan integriti masing-masing,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah perkongsian sumber antara Malaysia dan Thailand membabitkan kos pembinaan pagar berlapis di Padang Besar sejauh 5.3 kilometer (km) yang ditanggung bersama pada 2004 patut diteruskan.

Baginda turut melihat satu daripada tiga pos mudah alih terbaru yang kalis peluru yang ditempatkan di Pos Op Wawasan di Perlis dan Kedah.

Pada masa ini 52km dari 106km jarak dari Kuala Perlis ke Chuping dipagar sejak 1976 manakala selebihnya merupakan perbatasan jajaran berbukit. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisSempadan Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

4 Lagi Suspek Kes Tembak PGA Disambung Reman

02/12/2020
0

KANGAR - Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden berbalas tembak dengan Pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd