• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Baling Bakal Nikmati Bas Tambang Murah

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Penduduk Baling bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas henti-henti dengan tambang serendah RM0.30 selain bas dua tingkat tidak lama lagi.

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim berkata perkhidmatan itu antara rancangan yang diatur bagi menambah baik kemudahan pengangkutan awam di daerah berkenaan.

“Kita akan cuba dapatkan bas-bas lama yang masih elok daripada syarikat Transnasional untuk digunakan sebagai bas henti-henti di kawasan Baling,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran bas baharu Transnasional di Stesen Bas Baling hari ini.

Beliau menjangka perkhidmatan itu dapat dimulakan sebelum bulan puasa tahun ini.

“Mungkin pihak Transnasional boleh mempertimbangkannya sebagai sebahagian projek tanggungjawab sosial korporat mereka memandangkan Transnasional sendiri mempunyai lebih 1,000 bas yang digunakan di seluruh negara,” katanya.

Pada majlis itu Transnasional melancarkan empat bas baharu bernilai lebih RM2.5 juta untuk perjalanan Baling-Kuala Lumpur.

Abdul Azeez berkata pihaknya juga sedang mengusahakan perkhidmatan bas Baling-Putrajaya memandangkan ramai penduduk dari kawasan itu bekerja di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: baspenduduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma disediakan kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan menyaksikan perlawanan JDT menentang...

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd