• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Ramlan Ibrahim Dilantik KSU Kementerian Luar

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Ramlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar mulai 1 Jan, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ramlan, 59, yang sebelum ini Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, menggantikan Tan Sri Othman Hashim yang tamat tempoh lantikan secara kontrak.

“Beliau (Ramlan) berpengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa, dan hal ehwal luar negeri menerusi karier perkhidmatannya,” kata Ali dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan itu hari ini.

Ramlan, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 34 tahun, sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Korea dan Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina.

Ali berkata beliau percaya dengan kredibiliti, pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki Ramlan termasuk ketika Malaysia menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-2016 akan membolehkannya melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju kementerian dengan berkesan.

Beliau juga percaya Ramlan mampu meneruskan misi Kementerian Luar dalam menegakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah serta mempromosi dan melindungi kepentingan negara melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif.

Pada masa yang sama, Ali bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Othman atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 37 tahun. – BERNAMA

Tags: Jawatankementerian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi...

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

02/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menawarkan jawatan badan berkanun kepada bekas ADUN Skudai, Marina Ibrahim, bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd