• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Asing Punca Wabak Malaria Pos Kemar

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Wabak malaria yang melanda Pos Kemar, Gerik bermula November lalu dipercayai berpunca daripada warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon percaya buruh binaan di tapak projek sekolah di kawasan berkenaan adalah pembawa parasit itu.

“Pos Kemar bebas daripada wabak malaria selama tiga tahun sebelum ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar Perak di sini, Selasa.

“Banyak pergerakan di kalangan pekerja asing yang keluar dan masuk ke kampung berdekatan.

“Kami gesa majikan terlibat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja mereka bagi mengelak jangkitan kepada rakan sekerja,” katanya.

Dr. Mah berkata, wabak malaria di kawasan itu yang bermula pertengahan November lalu itu bagaimanapun telah tamat pada 28 Disember lalu.

Katanya, kes terakhir yang dikesan adalah pada 21 Disember lalu dan pegawai kesihatan masih menjalankan pemantauan terhadap pesakit berkenaan.

“Kira-kira 67 peratus penduduk kampung telah menjalani ujian darah dan hasilnya didapati tiada kes baharu.

“Pegawai kesihatan akan terus melawat perkampungan berkenaan dan memeriksa jika masih ada penduduk yang mengalami tanda-tanda menghidap malaria.

“Bagi penduduk yang mengalami demam berterusan, ujian darah akan dijalankan,” katanya. – mStar Online

Tags: Kes Malariapekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

08/01/2025
0

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan berjadual secara haram, dibongkar dalam serbuan pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd