• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Kelantan Luar Biasa & Tidak Dijangkakan

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Banjir yang berlaku di Kelantan terutama di Rantau Panjang adalah luar biasa dan tidak dijangkakan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penilaian awal kerajaan pada 25 hingga 27 Dis lepas mendapati keadaan tidak begitu membimbangkan namun kini berubah sebaliknya.

“Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas selain diburukkan dengan banjir yang melanda di Narathiwat, Thailand, ketika ini,” katanya.

Mustapa bercakap kepada pemberita selepas melawat 110 mangsa daripada 47 keluarga di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Tiang Chandi di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata kerajaan akan menambah kemudahan tandas bergerak di pusat-pusat pemindahan agar kesihatan mangsa banjir terjamin.

Mustapa menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan terutama di kawasan Rantau Panjang untuk bermain air.

Katanya perbuatan tersebut hanya akan menyebabkan gangguan lalu lintas dan menjejaskan usaha menyelamatkan mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,245 orang daripada 1,733 keluarga pada pukul 5 petang tadi berbanding 4,208 orang daripada 1,452 keluarga pada tengah hari tadi, dan ia melibatkan enam jajahan – Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Azmi Osman. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Seri Mustapa Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd