• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taja The Red Warriors: RedONE Tunggu Keputusan KAFA

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi RedONE hanya menunggu lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menaja skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ketua Pegawai Pemasaran RedONE Malaysia, Ben Teh berkata pihaknya masih kekal dengan keputusan menaja pasukan Kelantan seperti yang diluahkan sebelum ini.

“Keputusan kini terletak sepenuhnya di tangan persatuan itu yang dijangka mengumumkan nasib skuad berkenaan Jumaat ini. Apa yang kami boleh buat waktu ini hanyalah menunggu keputusan KAFA,” katanya tanpa mendedahkan jumlah penajaan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan penajaan kepada pasukan Serdang BC dan Bangsar Hawk BC untuk mengharungi saingan badminton SS Purple League di ibu pejabat syarikat itu, di Puchong, dekat sini.

RedONE sebelum ini telah menyatakan hasrat menaja skuad The Red Warriors bagi membantu mengatasi kemelut kewangan yang sedang dihadapi KAFA.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang perjanjian dibuat antara kedua-dua pihak.

KAFA dilaporkan berhasrat menarik diri daripada saingan Liga-M 2017 selepas gagal mendapatkan penajaan untuk menampung perbelanjaan pasukan yang mencecah RM15 juta kerana hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

Bagaimanapun, hasrat itu ditentang bekas presidennya, Tan Sri Annuar Musa yang bercadang mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi KAFA bagi membincangkan perkara berkenaan.

Semalam, kerajaan Kelantan menyatakan kesediaan menghulurkan bantuan kepada KAFA untuk memastikan skuad The Red Warriors terus kekal beraksi dalam saingan Liga-M.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan memperincikan bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak.

KAFA dijangka memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga-M pada Jumaat ini, iaitu hari terakhir pendaftaran pemain untuk liga itu. – BERNAMA

Tags: bola sepakKAFAKelantanTRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd