• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Rayuan MKini Berhubung Saman Najib

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penerbit portal berita dalam talian, Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua editornya gagal untuk melucutkan kelayakan seorang hakim Mahkamah Tinggi Seremban daripada mendengar saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk David Wong Dak Wah hari ini menolak rayuan Mkini Dotcom, Ketua Pengarangnya Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar kerana mereka masih belum sampai ke tahap berdepan bahaya akan wujud keadaan berat sebelah.

“Oleh itu kami (panel) menolak rayuan ini,” kata Hakim Wong yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Hakim Datuk Mary Lim.

Panel itu juga memberikan RM5,000 sebagai kos kepada Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh, yang merupakan responden dalam rayuan itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili ketiga-tiga perayu dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili kedua-dua responden.

Tiga perayu berkenaan merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Wira Kamaludin Md Said yang menolak permohonan mereka untuk melucutkan kelayakan beliau daripada mendengar saman itu.

Najib, yang mengemukakan saman itu atas kapasiti peribadi, dan Ab Rauf memfailkan saman fitnah itu terhadap ketiga-tiga mereka berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka.

Saman itu bertumpu pada dua artikel diterbitkan oleh Malaysiakini dalam www.malaysiakini.com portal pada 14 Mei, 2014, yang mereka dakwa telah mencemarkan reputasi mereka dan menimbulkan andaian bahawa UMNO adalah tidak kompeten sebagai sebuah badan politik dan tunjang Barisan Nasional.

Terdahulu, Mohd Hafarizam dalam hujahnya berkata Hakim Besar Malaya mempunyai budi bicara mutlak untuk membenarkan hakim (Kamaludin) mendengar kes itu walaupun telah dipindahkan ke Seremban.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tidak wujud bahaya akan wujud keadaan berat sebelah dalam kes itu kerana hakim tidak telibat dalam proses mediasi bagi pihak-pihak untuk membincangkan kemungkinan bagi penyelesaian saman itu.

Beliau menjelaskan perkataan “M” yang terdapat dalam rekod mahkamah bermaksud kes itu telah ditetapkan untuk sebutan atau ‘mention’ dan bukannya mediasi.

“Tidak ada mediasi, dan dengan itu tidak wujud bahaya berat sebelah,” katanya.

Sementara itu, Malik Imtiaz berhujah bahawa tiada justifikasi untuk Hakim Kamaludin mendengar kes itu berbanding hakim-hakim lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan wujud bahaya berat sebelah kerana hakim itu telah terlibat dalam perbincangan penyelesaian kes.

Mohd Hafarizam kemudiannya memberitahu pemberita, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes Jumaat ini di hadapan Hakim Kamaludin. – BERNAMA

Tags: mahkamahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd