• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi J/kuasa Penganjuran Fiesta Gegar Klang

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis hari ini menyanggah dakwaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bahawa ia turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang 2016 sempena tahun baharu pada hujung minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Alzafny Ahmad berkata pihaknya hanya dijemput bermesyuarat sekali sahaja oleh MPK selaku penganjur, iaitu pada 24 Nov, dan tidak lagi terlibat dalam perbincangan selepas itu.

Beliau berkata polis juga menganggap pertunjukan bunga api itu dibatalkan kerana MPK tidak memohon permit mahupun merujuk atau meminta pandangan pihaknya berhubung perkara tersebut.

“Disebabkan tiada permohonan permit (oleh MPK) bagi pertunjukan bunga api, polis menganggap ia dibatalkan jadi penugasan hanya tertumpu terhadap kawalan keselamatan orang ramai sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, akhbar melaporkan Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata polis turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran fiesta tiga hari itu yang bermula pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian Sabtu lepas, kegembiraan orang ramai yang mengunjungi pesta itu bagi menunggu detik 12 tengah malam tahun baharu 2017 bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan 14 cedera. – BERNAMA

Tags: bunga apipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd