• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 3,774 Orang

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,774 orang daripada 1,314 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,568 orang daripada 434 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata peningkatan ketara berlaku di jajahan Pasir Mas iaitu seramai 2,322 orang daripada 936 keluarga berbanding 241 mangsa daripada 85 keluarga malam tadi.

Sebanyak 371 orang daripada 99 keluarga di Kuala Krai; 200 orang (47 keluarga) di Jeli; 533 orang (144 keluarga) di Tanah Merah; 321 orang (83 keluarga) di Machang dan 27 orang (lima keluarga) di Pasir Puteh, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata 40 pusat pemindahan dibuka di enam jajahan terbabit bagi menempatkan kesemua mangsa bencana alam berkenaan.

Beliau berkata peningkatan jumlah mangsa banjir terutama di Pasir Mas dan Tanah Merah, berikutan air sungai dari kawasan hulu mengalir ke kawasan berkenaan, selain hujan yang kadangkala lebat masih berterusan.

Sementara itu, dua sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya manakala dua lagi sungai menunjukkan peningkatan paras air pagi ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Dua sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah iaitu 17.31 meter (paras bahaya 16m) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatatkan 10.30m (paras bahaya 9m).

Sungai Galas di Dabong, jajahan Kuala Krai pula meningkat namun masih di paras berjaga-jaga iaitu 34.20m. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38m.

Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang pula mencatatkan 32.27m (paras bahaya 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai pada paras 23.44m (paras bahaya 25m). – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd