• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Derita Barah Paru-Paru Gantung Diri

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Seorang lelaki yang dipercayai tidak sanggup menanggung kesakitan kesan rawatan barah paru-paru dideritainya ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Pandan Indah dekat sini, jam 12.05 tengah malam semalam.

Cheong Ho Guan ditemui mati tergantung oleh isterinya.

Seorang anak mangsa, Cheong See Hong, 36, berkata, bapanya sudah beberapa kali memberitahu mahu menamatkan riwayatnya selepas disahkan menghidap barah paru-paru, empat bulan lalu.

Katanya, bapanya memberitahu dia mahu membunuh diri kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami akibat rawatan dilalui.

“Kami menasihatinya supaya bersabar. Selepas itu, dia mula menerima kenyataan dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku ganjil.

“Bagaimanapun, empat hari lalu, bapa cuba memakan ubat dengan dos berlebihan namun ia disedari ibu. Kami sempat menahannya daripada melakukan perkara terbabit,” katanya.

Menurut See Hong, sebelum ditemui tergantung, bapa dan ibunya keluar bersama namun bapanya tiba-tiba menghilangkan diri.

Katanya, ibunya menyangka bapanya bertemu rakan dan dia terus pulang ke rumah.

“Sebaik masuk ke rumah, ibu terkejut apabila mendapati bapa menggantung diri di ruang tamu. Ibu terus menghubungi kami memaklumkan kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa. Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi. – myMetro Online

Tags: bunuh dirilelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd