• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Berkurangan Kepada 1,148

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,148 orang daripada 338 keluarga setakat 5 petang ini berbanding 1,159 orang daripada 343 keluarga pada tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di 24 pusat pemindahan banjir di lima jajahan iaitu Kuala Krai (lapan pusat), Jeli (satu), Tanah Merah (tujuh), Machang (dua) dan Pasir Mas (enam).

“Daripada jumlah mangsa tersebut, 522 orang daripada 137 keluarga di Kuala Krai, 32 orang (13 keluarga) di Jeli, 367 orang (112 keluarga) di Tanah Merah, 79 orang (18 keluarga) di Machang dan 148 orang (58 keluarga) di Pasir Mas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut laman sesawang kerajaan negeri ebanjir.kelantan.gov.my, bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang pada 5 petang ini surut sedikit ke paras 10.20 meter (m) berbanding 10.22m tengah hari tadi. Paras bahaya 9m.

Paras air di tiga lagi sungai utama di Kelantan — Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Tangga Krai — terus menunjukkan penurunan dan kini berada pada paras berjaga-jaga. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd