• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biro Kebajikan UMNO Bantu Pelajar Mangsa Banjir T’ganu

oleh AK-47
02/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Susulan banjir yang melanda Terengganu, Biro Kebajikan UMNO mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO bersetuju untuk menyalurkan sumbangan berupa pakaian, beg sekolah dan kasut dalam masa terdekat kepada mereka yang terjejas.

Katanya sumbangan kelengkapan persekolahan bernilai RM100 seorang itu akan menggunakan sistem kupon.

“Kita akan mendapatkan kerjasama daripada Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk penyelarasan angka sebenar pelajar-pelajar yang perlu dibantu nanti.

“Mekanismenya akan ditentukan nanti di mana kita akan membawa pembekal pakaian untuk dipadankan dengan saiz pelajar kerana kita tidak mahu nanti saiz pakaian anak-anak tidak padan dan perlu dibaiki dan ini akan menyusahkan ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad Razif di sini semalam.

Shamsul Anuar berkata setakat ini UMNO hanya akan memberi bantuan berbentuk keperluan persekolahan sahaja kerana dimaklumkan kerajaan negeri dan agensi kerajaan yang lain turut memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Katanya bantuan yang diusahakan Biro Kebajikan UMNO itu juga akan diperluaskan ke Kelantan yang turut dilanda banjir, dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO negeri itu. – BERNAMA

Tags: BanjirpelajarTerengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd