• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Ikan Kembong Cecah RM12 Sekilo Di Kuala Kedah

oleh Ahmad Albab
02/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Akibat kekurangan bekalan susulan berlaku peralihan angin monsun timur laut, harga ikan kembong yang dijual di sekitar Kuala Kedah yang merupakan antara kawasan nelayan utama di Kedah didapati naik mencecah sehingga RM12 sekilo.

Kembong biasanya dijual antara RM6 atau RM7 sekilo.

“Sekarang kebanyakan peniaga mendapat harga borong kembong antara RM8 hingga RM10 sekilo menyebabkan kami terpaksa menaikan harga jualan supaya mendapat sedikit keuntungan,” kata seorang peniaga di pasar Kampung Tebengau, Zulkifli Azizan, 51, kepada Bernama.

Beliau menambah sebelum ini peniaga mendapat bekalan lebih 100 kilogram sehari, namun kini mereka hanya mendapat antara 50 dan 70 kilogram.

Basir Man, 55, pula berkata kekurangan ikan menyebabkan ramai nelayan beralih arah kepada menangkap hasil laut lain seperti sotong dan udang.

“Nelayan akan menangkap sotong pada sebelah malam untuk menyumbang kepada pendapatan mereka yang kian terjejas,” katanya.

Seorang lagi peniaga Shafie Abdul Wahab, 55, mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau Jabatan Perikanan menyediakan stor simpanan ikan di setiap jeti pendaratan supaya hasilnya dapat disimpan ketika berlaku lebihan bekalan.

“Ikan-ikan ini kemudiannya boleh dikeluarkan untuk mengimbangi semula kekurangan bekalan ikan di pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: IkanIkan Kembong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd