SEORANG ibu yang sedang sakit tenat akibat kanser, bercadang untuk mengeluarkan nama anaknya daripada senarai penerima wasiat, selepas mereka enggan meluangkan masa untuk menyambut krismas bersamanya.
Wanita itu yang mempunyai tiga anak, menulis mengenai cadangan berkenaan dalam Mumsnet. Dia menjangkakan krismas 2016 akan menjadi krismas terakhir yang akan disambutnya.
Disebabkan keadaan itu, dia mahu menghabiskan sisa hidupnya itu dengan mengatur agar anak perempuan dan cucunya, yang menetap kira-kira lima jam perjalanan dari rumahnya supaya menyambut krismas bersamanya.
Malangnya, sebaik bangun tidur, dia melihat mesej yang diterima daripada anak perempuannya itu yang memaklumkan bahawa dia sekeluarga tidak akan datang melawat ibunya.
Alasan yang diberikan ialah ibu bapa mertuanya datang melawat keluarga anaknya itu.
“Saya rasa sangat terhiris, dikhianati seolah-olah kasih sayang telah hilang.
“Saya menghubungi anak saya yang lain yang mengetahui mengenai sambutan tersebut dan memberitahu bahawa saya tidak cukup sihat untuk menyambut krismas,” katanya yang menulis mengenai kekecewaan tersebut semalam.
Anak-anaknya juga telah mengatur rakan rapat keluarga mereka untuk melawat wanita tersebut namun wanita itu ternyata tidak langsung gembira dengan keadaan tersebut.
Dia kini menyedari bahawa dia tidak penting dalam hidup anaknya dan bertanya di dalam Mumsnet sama ada cadangan memotong nama anak-anaknya dalam senarai penerima harta pusakanya itu sebagai wajar atau tidak.
Ramai yang membalas soalan itu dengan menyatakan mereka sedih dengan apa yang menimpanya dan menjadi haknya untuk berbuat demikian.
“Jadi semua ketiga-tiga anak awak meminggirkan awak pada makan malam krismas dengan memberikan notis kurang 24 jam dan sejak itu awak langsung tidak mendengar berita daripada mereka?
“Ia menyedihkan.Tukarlah wasiat awak dan berilah harta awak kepada badan kebajikan,” kata salah seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

