• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Golongan Muda Sertai Barisan Kepimpinan Umno

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan muda harus diberi peluang menyertai barisan kepimpinan Umno untuk menjayakan proses peremajaan parti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno berkata golongan itu juga perlu diberi panduan dan bimbingan untuk memimpin supaya Umno dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif serta dinamik.

“Bukan semua (orang muda) tak sokong kita, ramai sokong kita. Kita lihat ada universiti yang dulu sokongannya kurang, hari ini bertambah apabila kita usaha lebih (dalam melakukan) ‘engagement’ dengan orang muda.

“Kalau nak teruskan kekuasaan, kita mesti lakukan peremajaan pada parti dan  mesti cari kepimpinan yang boleh dianggap sebagai ada kemampuan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata rakyat kini lebih bijak menilai tahap kepimpinan sesebuah parti politik, dan sering membandingkan keupayaan Umno dengan pembangkang.

Justeru, Najib berkata Umno perlu bijak dan kreatif memahami landskap politik baharu, serta menggunakan platform media sosial untuk melakukan ‘engagement’ atau penglibatan dengan masyarakat, serta menjawab segala persoalan yang dilontarkan mereka.

“Pembangkang banyak tahi minyak, banyak penipuan dan mereka ini cekap  ‘spinning’. Tapi, kita (Umno) adalah parti yang ada agenda realistik untuk negara, untuk orang Melayu, untuk Islam.

“(Jadi) dalam keterbukaan ini, dalam persekitaran baharu ini, Umno kena jadi juara,” tegas Najib.- BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd