• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Terengganu: 11 Sekolah Masih Ditutup Esok

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 14 daripada 25 sekolah yang ditutup di Terengganu hari ini akibat banjir, akan dibuka esok bagi memulakan sesi persekolahan 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata baki 11 sekolah membabitkan 10 sekolah kebangsaan (SK) dan satu sekolah menengah kebangsaan (SMK) masih ditutup kerana laluan ke sekolah ditenggelami air atau ada yang ditenggelami air.

Menurutnya, penutupan di dua daerah itu melibatkan lapan sekolah di Hulu Terengganu dan tiga di Setiu.

“Di Setiu, tiga sekolah terlibat ialah SK Kampung Fikri, SK Kampung Las dan SK Kampung Besut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sekolah di Hulu Terengganu yang terlibat adalah SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kuala Jenderis, SK Padang Setebu, SK Matang, SK Bukit Tadok dan SK Getang serta SMK Kuala Jenderis.

Penangguhan itu melibatkan 1,159 murid sekolah rendah dan 273 pelajar sekolah menengah manakala bilangan guru yang terlibat pula ialah seramai 217 orang iaitu 180 guru sekolah rendah dan 37 guru sekolah menengah, katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd