• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melayu Di KL Berhadapan Cabaran Jurang Ekonomi

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan cabaran besar dihadapi orang Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya berdasarkan statistik, orang Melayu masih jauh di belakang bangsa lain dalam segala hak pemilikan dan perniagaan di ibu negara.

“Soalnya siapa hendak kita persalahkan? Apabila lesen diberi, dipajakkan atau dijual. Hartanah diberi begitulah juga jadinya,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata 200 tahun dahulu orang Melayu pernah memiliki hampir 100 peratus tanah di Kuala Lumpur, namun jumlah itu kini berkurangan menjadi hanya 21.7 peratus, ekoran sikap orang Melayu sendiri yang menggadai dan menjual tanah kepada bangsa lain.

Selain itu, katanya orang Melayu di Kuala Lumpur juga secara purata menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja sebulan dan menyumbang kepada statistik atau peratusan golongan miskin bandar.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata statistik pemilikan rumah juga menunjukkan orang Melayu masih rendah berbanding bangsa lain.

“Bayangkanlah, harga rumah di ibu kota paling rendah kira-kira RM300,000 sedangkan kemampuan untuk Melayu bandar sekitar di bawah RM150,000 sahaja.

“Statistik individu yang memohon rumah sewa dan beli daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula berjumlah lebih 42,000 orang, dengan 90 peratus terdiri daripada golongan Melayu,” katanya.

Beliau berkata realiti itulah yang terpaksa dihadapi orang Melayu di Kuala Lumpur, ditambah dengan kos sara hidup yang menambah bebanan hidup sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa merempat.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata anggota Umno Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan membantu dan memastikan segala jurang dan kesempitan hidup orang Melayu di bandar dapat ditangani.

“Umno Wilayah Persekutuan tidak mahu melihat ada bangsa kita yang hidup merempat dan melarat … sabaliknya azam Umno Wilayah Persekutuan amat teguh untuk membawa Melayu bandar keluar daripada garis kemiskinan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd