BUKAN sedikit pasangan selebriti ini dicemuh serta dikritik hanya kerana mewujudkan laman sosial untuk permata hati mereka, Lara Alana.
Namun, Scha Al-Yahya mengambil pendekatan enggan mengambil kisah segala kritikan dan kata-kata kurang elok orang ramai di luar sana mengenai perkara tersebut.
(Jika belum…sila Like page Mynewshub di sini)
Sebaliknya dia menyatakan tujuannya membuat akaun media sosial untuk Lara adalah kerana ingin berkongsi perkembangan tumbesaran puterinya untuk peminat di luar sana.
“Macam mana boleh timbul saya dan Awal cuba cari publisiti serta mengeksploitasi Lara, sedangkan pengikut kami lebih ramai?
“Untuk pengetahuan semua, Instagram dan Facebook Lara adalah jurnal untuk kami berkongsi perkembangan anak kami dengan peminat.
“Ramai juga selebriti bukan akaun laman sosial untuk anak mereka, bahkan yang bukan artis lebih ramai berbuat demikian.
“Bagi saya, apa yang kami buat tidak salah selagi gambar yang dikongsi benda elok dan bagus. Jadi kenapa pula ia perlu dipertikai dan jadi isu,” kata Scha memetik laporan Metro Ahad.
Scha melahirkan Lara pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Scha dan suami, Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Putrajaya dan perkahwinan mereka turut diiktiraf sebagai Wedding of the Year oleh sebilangan besar peminat dan media massa tempatan. – MYNEWSHUB.CC




