KUALA LUMPUR – Tiga pemain import pasukan Kedah akan tiba di di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Kedah malam esok.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberitahu, kehadiran tiga pemain import itu disahkan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe.
“Tiga pemain import yang dimaklumkan sebelum ini akan tiba pada 24 November 2014 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas.
“Mereka ialah Keith M Nah, Lawrence Olum dan Chidi Edeh yang dijangka tiba pada pukul 8:10 malam esok ,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, kesemua pemain import skuad hijau kuning terebut akan diikat oleh KFA untuk saingan Liga Premier 2015.
Justeru, penyokong Kedah dijemput meraikan kehadiran pemain import Kedah terbabit.
“Seorang lagi pemain tengah dari Jepun dijangka tiba minggu pertama Disember ini. Kedah akan memulakan latihan pra-musim petang ini di Stadium Darul Aman,” kata kenyataan itu.

