• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasa Syak Anggota Polis Hasilkan Rampasan 174Kg Ganja Mampat

oleh AK-47
30/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Perasaan syak dua anggota polis terhadap sebuah pikap yang dipandu dalam keadaan mencurigakan membawa kepada kejayaan merampas 174 ketulan mampat ganja seberat 174 kilogram di Kampung Rambai, Guar Nangka di sini, malam tadi.

Menurut sumber polis, kedua-dua koperal itu juga nyaris ditembak apabila suspek terbabit melepaskan beberapa das tembakan untuk melepaskan diri dalam kejadian 7.30 malam.

Kejadian itu berlaku, semasa sedua-dua anggota polis itu yang sedang meronda di kawasan Guar Nangka menahan sebuah pikap Toyota Hilux Thailand setelah melihat kenderaan itu dipandu dengan cara mencurigakan.

“Sebaik berhenti, Koperal Yaser mengambil kunci pikap dan mengarahkan pemandunya dipercayai warga Thailand turun lalu meminta pasport dan lesen memandu, manakala Koperal Azam yang memeriksa di bahagian belakang ternampak bungkusan di bawah pikap, kata sumber itu.

Berikutan itu, suspek cuba melarikan diri menyebabkan dia bergelut dengan Yaser. Pada masa sama, Korporal Azam yang menyedari kejadian itu cuba membantu dan terheret ke dalam pikap namun mereka ditendang keluar oleh suspek,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata suspek dapat menghidupkan kenderaannya dengan kunci lain sebelum melepaskan tembakan rambang dengan pistol yang diambil dari bawah tempat duduk pemandu sebelum memecut ke arah Changlun.

Koperal Yaser membalas tembakan menggunakan pistol manakala Koperal Azam menggunakan sub-mesingan HKMP5 yang mengenai tayar hadapan dan belakang pikap.

Kedua-dua anggota polis itu kemudian mengejar lebih 10 kilometer sehingga Kampung Titi Kerbau, Changlun apabila pikap terbabit terbabas di kiri jalan namun pemandunya sempat melarikan diri, kata sumber itu.

Hasil pemeriksaan kedua-dua anggota polis itu menemukan 174 ketulan ganja mampat yang disembunyikan di bahagian muatan pikap itu, yang diubah suai.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof yang dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu. -BERNAMA

Tags: ganjaRampasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

26/12/2025
0

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai...

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd