• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Fenomena Perubahan Iklim Perlu Lebih Berkesan

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menanam kesedaran tentang fenomena perubahan iklim dan kesannya kepada orang ramai memerlukan laporan lebih berkesan.

Ia memerlukan laporan yang tidak terlalu bersifat teknikal dan berbentuk amaran untuk mengaitkan kesan buruknya kepada kehidupan mereka.

Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif TVE Asia Pacific, Nalaka Gunawardene, membuat berita berbentuk amaran tidak akan mendapat perhatian orang ramai kerana mereka sudah mangli dengan maklumat seumpama ini yang biasa diperoleh di mana-mana sahaja.

“Tajuk besar seperti lapisan ozon semakin menipis dan kandungan karbon semakin meningkat tidak lagi berkesan sebaliknya akan menimbulkan kekeliruan dan panik kepada orang ramai tanpa menimbulkan kesedaran tentang gejala perubahan iklim sama sekali.

“Wartawan perlu mengaitkan perubahan iklim kepada kehidupan masyarakat dengan membuat berita yang dekat kepada mereka seperti banjir dan kemarau yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa, harta benda dan sumber kewangan, atau menggunakan metafora untuk mengaitkanya dengan benda kesukaan ramai seperti bola sepak,” katanya.

Beliau ditemui semasa seminar mengenai membina keupayaan media membuat liputan perubahan iklim di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (Iptar) di sini baru-baru ini.

Gunawardene berkata orang ramai kini tidak lagi tertarik dengan laporan mengenai isu iklim kerana sama ada mereka kurang berminat, laporannya yang kompleks dan kekurangan fakta dalam pemberitaan.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah membuat laporan mudah di mana orang ramai boleh faham,” katanya.

Wartawan alam sekitar Harry Surjadi pula berkata dalam menimbulkan kesedaran orang ramai, istilah pemanasan global mempunyai kesan lebih baik daripada penggunaan istilah perubahan iklim, walaupun kedua-duanya mempunyai makna sama.

“Daripada pengalaman saya, ini berlaku kerana orang boleh dikaitkan dengan pemanasan global kerana mereka boleh merasai keadaan persekitaran yang semakin panas. Dari sini kita tahu pemilihan perkataan adalah penting agar orang ramai boleh merasai pengalaman mereka dengan berita yang dilaporkan,” katanya.

Surjadi yang juga pengasas Persatuan Wartawan Alam Sekitar Indonesia berkata berita mengenai orang ramai mengkritik antara satu sama dalam isu pemanasan global juga tidak akan berhasil kerana lebih banyak berita berhubung penyelesaian diperlukan bagi menyedarkan orang ramai.

“Bilangan wartawan alam sekitar yang semakin berkurangan turut membimbangkan kerana kita memerlukan lebih banyak wartawan untuk bercakap mengenai isu ini,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Young Asia Television, Hilmy Ahamed, wartawan perlu memperbaiki cara mereka melapor berita perubahan cuaca dan sentiasa meneroka cara baharu untuk melapor bagi menarik minat audiens.

“Menyiarkan isu perubahan iklim bukan untuk mendapatkan rating, ia merupakan tanggungjawab sosial,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: fenomena
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Asing Perlu Jalani Tiga Saringan Kesihatan Baharu Termasuk Pengesanan Dadah

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

28/12/2023
0

MACHANG: Fenomena air hijau di Kampung Kuala Hau bukan situasi luar biasa berikutan sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila...

Fenomena Air Pasang Besar Bukan Pesta – Bomba

07/11/2021
0

Bebudak mana nak fikir jauh, tanggungjawab orang tua la untuk menjaga dan menasihat serta menegur mereka.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd