• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport DSV

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan jutawan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara termasuk menunaikan umrah.

Hakim Murtazadi Amran bagaimanapun mengarahkan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Februari.

Dalam prosiding sebutan semula kes jutawan kosmetik itu yang menghadapi pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini, peguam yang mewakili Vida, Khairilazwar Khalil ketika mengemukakan permohonan itu memaklumkan anak guamnya akan ke Bangkok, Thailand pada 3 Januari; Guangzhou, China pada 16 hingga 22 Januari serta menunaikan umrah pada 26 Januari hingga 3 Februari.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 9 dan 10 Mac depan untuk tarikh perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST berjumlah kira-kira RM4.2 juta selepas Vida mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Jutawan kosmetik itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Semasa dihadapkan ke mahkamah pada 13 Oktober lalu, Vida mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain Khairilazwar, Vida turut diwakili peguam Ahmad Syed Abas manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri VidaGSTmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd