• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Seleweng RM3.3 Bilion

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Ketiga-tiga tertuduh diiringi oleh sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.20 pagi untuk di bawa ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkenaan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berumur 54 tahun dan timbalannya yang berusia 51 tahun di pejabat mereka selain akauntan berusia 50 tahun dan individu bergelar Datuk berusia 55 tahun yang juga abang kepada Timbalan Pengarah terbabit.

Pengarah dan timbalannya didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.

Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya. Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

Selain itu, SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta. – myMetro Online

Tags: pecah amanahSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd