• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Perempuan Sakan Shoping Guna Cap Jari Ibu

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIJAK atau sebaliknya, kanak-kanak dari Arkansas ini ‘mencuri’ cap jari ibunya yang sedang tidur bagi mengakses telefon bimbit jenis iPhone milik ibunya untuk membeli hadiah krismas.

Ashlynd, 6, telah membeli patung Pokemon untuk sambutan hari Krismas bernilai AS$250 (RM1,120) di laman beli belah atas talian, Amazon menggunakan telefon bimbit ibunya, Bethany Howell yang sedang nyenyak tidur.

Budak 6 Tahun 'Curi' Cap Jari Ibu Beli Hadiah Krismas

Dailymail melaporkan, ketika kejadian Bethany sedang tidur di sofa manakala anak perempuannya itu sedang bermain berdekatan dengannya.

Bethany hanya menyedari kejadian itu apabila menerima 13 pengesahan pesanan untuk hadiah permainan Pokemon dan menyangka akaunnya itu telah digodam.

“Telefon saya berada di atas meja bersebelahan sofa dan selepas menonton filem bersama, saya tertidur.

“Ashlynd mengambilnya dan menggunakan ibu jari saya untuk membuka telefon itu,” katanya yang membenarkan anaknya menggunakan telefon tersebut untuk mengakses Youtube dan Netflix.

Budak 6 Tahun 'Curi' Cap Jari Ibu Beli Hadiah Krismas

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Ashlynd hanya berkata dia membeli belah menggunakan telefon bimbit ibunya.

“Ya, saya membeli belah,” kata Ashlynd kepada ibunya.

Bethany tidak menyangka anaknya itu mengetahui pembelian barangan melalui Amazon dan ianya dapat dilakukan kerana butir-butir kad kredit dan alamat sudah disimpan ke dalam sistem yang mempunyai ciri-ciri pengisian automatik.

Bagaimanapun, Bethany hanya dibenarkan untuk memulangkan empat daripada barangan yang ditempah oleh anaknya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: berita luar negarahadiahkrismasPokemon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

17/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd