• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Pantau Negeri Pantai Timur

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Briged Kelapan Infantri sedang memberi tumpuan kepada perkembangan semasa keadaan banjir yang dihadapi negeri di pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Panglimanya, Brig Jen Nazari Abd Hadi berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan kenaikan paras air sungai di kedua-dua negeri dari semasa ke semasa pada musim tengkujuh ini sebagai panduan sebelum pemindahan penduduk ke pusat pemindahan banjir dilaksanakan.

“Banjir di Kelantan dan Terengganu merupakan fenomena biasa setiap tahun dan pihak kami sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Meraikan Anggota Cedera Semasa Operasi dan Latihan Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-83 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.

Nazari berkata pihaknya turut menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan pengurusan banjir bagi melaksanakan operasi secara bersepadu.

Pada majlis berkenaan, Nazari menyampaikan sumbangan kewangan daripada Tabung Kebajikan ATM kepada 33 bekas anggota tentera yang cedera semasa melakukan operasi dan latihan.

Beliau berkata mereka yang menerima sumbangan berkenaan terdiri daripada anggota Briged Kelapan Infantri yang berkhidmat melaksanakan operasi pengganas komunis pada 70-an dan 80-an.

“Sumbangan ini, walaupun dilihat kecil, namun membawa makna besar kepada mereka (anggota) kerana mereka tahu walaupun tidak lagi berkhidmat bersama ATM, pihak ATM sentiasa mengingati perjuangan dan jasa mereka kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pantai TimurTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd