• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Jual 2,234 Tong LPG Tanpa Kebenaran

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menjual barang kawalan iaitu 2,234 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) seberat 31,212 kilogram kepada sebuah syarikat lain yang tidak mempunyai lesen.

Merasega Enterprise Sdn Bhd, yang diwakili dua pengarahnya, Choy Mew Kong, 60, dan Choy Teik Hooi, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Merasega Enterprise sebagai pemegang lesen borong, didakwa menjual barang kawalan berkenaan yang juga merupakan barang berjadual kepada Wang Gas Trading yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran bertulis daripada Pegawai Bekalan, yang mana telah melanggar Subperaturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Syarikat terbabit didakwa melakukan kesemua kesalahan berkenaan di premisnya di Taman Perindustrian Puchong dekat sini, antara 1 dan 7 Jun lepas.

Merasega Enterprise dalam pada itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan 71 transaksi pembelian 2,936 tong LPG seberat 124,120 kilogram daripada Wang Gas Trading yang tidak mempunyai apa-apa lesen atau kebenaran bertulis untuk menjual LPG tersebut, pada Februari hingga April lepas, di premis yang sama.

Merasega Enterprise juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan gagal mengemukakan buku stok berkaitan pembekalan LPG yang dikehendaki oleh Penolong Pengawal, kira-kira 4.20 petang pada 8 Jun lepas di premisnya.

Bagi kesemua pertuduhan itu, syarikat berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2 juta dan bagi kesalahan kedua serta berikutnya, boleh didenda maksimum RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam prosiding yang sama, Mew Kong dan Teik Hooi masing-masing turut menghadapi lapan pertuduhan yang sama atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat.

Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Mohd Firdaus Abu Hanipah memaklumkan kepada mahkamah bahawa syarikat itu dan kedua-dua pengarahnya telah menghantar representasi berhubung kes berkenaan dan memohon tarikh sebutan sementara menunggu keputusan representasi itu.

Hakim Ahmad Azhari kemudian menetapkan 25 Jan depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan representasi dan penyerahan dokumen. – BERNAMA

Tags: tong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan Lelaki Pukul Ibu, Ugut Letupkan Tong Gas

Polis Tahan Lelaki Pukul Ibu, Ugut Letupkan Tong Gas

14/02/2024
0

Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tiga tong gas petroleum...

Tong Gas Berterabur Selepas Lori Langgar Treler

07/11/2018
0

JOHOR BAHRU – Puluhan tong gas bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan tersebut melanggar belakang sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd