• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Jangka Kutip Tambahan GST Lebih RM3 Bilion

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan tambahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih RM3 bilion melalui pendekatan operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) yang lebih bersifat pematuhan pendidikan pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk T. Subromaniam berkata sasaran itu berdasarkan kutipan tambahan RM1 bilion yang berjaya dikutip dalam tempoh empat bulan selepas Ops CBOS dilaksanakan.

“Pendekatan yang kita jalankan sebelum ini lebih kepada bentuk penguatkuasaan yang dilihat kurang berkesan. Oleh itu, kali ini kita ubah strategi yang lebih bersifat mesra pelanggan dan berteraskan pendidikan dalam usaha memberi tunjuk ajar kepada peniaga yang masih keliru dan kurang faham tentang GST,” katanya.

Terdapat peniaga yang masih tidak faham mengenai GST, kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Operasi CBOS di Menara JKDM negeri, di sini hari ini.

“Ada juga yang tidak membayar GST dengan betul, malah ada yang mengikrarkan GST lebih rendah daripada kadar ditetapkan, selain yang mengutip tetapi tidak membayar kepada JKDM,” katanya.

Katanya, objektif operasi itu adalah untuk peniaga yang masih keliru atau tidak faham tentang GST sekali gus memperbetulkan kesilapan peniaga dan memudahkan urusan kutipan cukai.

Subromaniam berkata sebanyak 200,000 syarikat daripada 430,000 syarikat yang mendaftar GST di seluruh negara akan menerima lawatan JKDM menerusi Operasi CBOS itu yang membabitkan restoran, peruncit, kontraktor pembinaan, kedai barangan logam dan pusat hiburan.

Beliau menyeru peniaga yang mempunyai masalah berhubung GST supaya menghubungi pihak JKDM, yang mana jabatan itu sendiri akan turun padang menghulurkan bantuan.

“Selepas ini, tindakan tegas akan diambil sekiranya masih ada lagi golongan peniaga yang mengingkari peraturan GST termasuk yang gagal mengemukakan penyata selain yang mengutip cukai itu namun tidak membayar kepada JKDM,” katanya.

Menurut beliau, sejak GST dilaksanakan pada April 2015, sebanyak 4,000 kertas siasatan dibuka dengan 400 syarikat sudah didakwa di mahkamah membabitkan kesalahan seperti tidak menghantar penyata GST, menghantar penyata tetapi tidak membayar, tidak mendaftar GST dan penipuan GST.

Dalam pada itu, Subromaniam juga memaklumkan bahawa JKDM yakin dapat mencapai sasaran kutipan GST yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM40 bilion pada tahun 2017 iaitu peningkatan RM1 bilion berbanding sasaran pada tahun ini sebanyak RM39 bilion.

“Melalui pelaksanaan CBOS ini, kita akan berjaya menyelesaikan sebarang masalah GST yang timbul dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Pematuhan Ibu Pejabat JKDM Datuk Abdul Latif Abdul Kadir, Timbalan Pengarah JKDM Negeri Johor Bahagian GST Wan Nor Wan Mamat dan Timbalan Pengarah JKDM Negeri Johor Bahagian Pematuhan Jainon Sarjo.

CBOS yang dilaksanakan pada 1 September tahun ini bertujuan melaksanakan tindakan verifikasi dan pengauditan ke atas syarikat berdaftar dengan sistem percukaian GST selain memberikan pengecualian penalti jika pembayar cukai secara sukarela menyatakan kesilapan atau jumlah yang kurang dibayar sebelum akhir tahun ini. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd