• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Panorama Langgar 3 Kenderaan Sedang Berhenti

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebuah bas henti-henti ‘Panorama’ menggelongsor ke hadapan dan melanggar tiga kenderaan lain ketika sedang berhenti di Jalan Melaka Pindah di Alor Gajah menghala ke Tampin di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Pemangku Supt. Mohd. Sham Abdullah berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, ia tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan pada pemandu dan penumpang bas serta kereta yang terlibat.

“Sebelum kejadian, bas yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah Melaka ke Tampin itu sedang berhenti sebaik tiba di selekoh jalan berkenaan sebaik melihat deretan kenderaan berhenti di hadapannya.

“Pemandu bas berkenaan kemudian menarik brek namun kenderaan yang dipandunya menggelongsor ke hadapan dan melanggar kereta Perodua Kancil, Proton Persona dan Perodua Axia,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat kurang daripada 10 penumpang di dalam bas berkenaan.

Hanya pemandu kereta Produa Axia yang dipandu warga emas berusia 76 tahun mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA

Tags: basMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

Bas Shuttle Percuma Disediakan Sempena Aksi JDT Vs Chelsea

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma disediakan kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan menyaksikan perlawanan JDT menentang...

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd