• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donat Hipster Viral Tarikan Baharu Kuala Kangsar

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Inginkan donat pelbagai warna dan perisa dengan harga lebih murah tetapi rasanya setanding dengan yang dijual di premis francais milik syarikat ternama?

Penduduk sekitar bandar ini kini berpeluang menikmati kuih itu yang dikenali sebagai ‘donat hipster’ yang dijual di gerai biasa dengan harga yang jauh lebih murah sehingga menjadi viral di laman sosial.

Gerai yang dikendalikan pasangan suami isteri, Mohd Izwan Mohamad Nazir, 36, dan Nor Nafishah Ab Hamid, 35, di Taman Chandan Puteri kini menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati kuih itu sejak ia menjadi viral.

Nor Nafishah berkata beliau mula mengusahakan donat berwarna-warni berperisa strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru kira-kira dua minggu lalu.

“Saya menjual pelbagai jenis kuih seperti burger Malaysia, cucur badak, karipap dan pisang keju sejak dua tahun lalu tetapi donat ini baru sahaja diperkenalkan di gerai ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Nor Nafishah berkata dia tidak menyangka sama sekali ‘donat hipster’ yang diusahakannya dan dijual dengan harga RM0.50 setiap satu mampu terjual sehingga 600 sehari.

“Saya pelik kenapa orang ramai datang ke gerai sehingga ada antara mereka yang datang sebelum gerai dibuka…jualan habis antara pukul 4 dan 5 petang…rupanya donat saya sudah viral dalam laman sosial.

“Alhamdulillah sejak itu ramai pelanggan datang dan keuntungan pun semakin baik,” katanya sambil menambah gerainya mula dibuka pada pukul 3.30 petang dan ditutup setiap Jumaat.

Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau menggunakan 15 kilogram tepung untuk menghasilkan kira-kira 600 donat sehari dan dia dibantu suami di gerai setiap hari.

“Saya ada rancangan untuk buat lebih banyak lagi donat tetapi tidak menang tangan kerana saya seorang sahaja yang uli dan goreng donat seawal 5 pagi,” katanya.

Berkongsi kisah minat mengusahakan donat hipster itu, Nor Nafishah berkata pada mulanya dia mahu mengkomersialkan jualan pisang keju pelbagai perisa, namun tidak menyangka donat yang dihasilkan sebagai percubaan pula yang mendapat sambutan.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan idea ini tercetus apabila saya dan adik yang berniaga di pasar malam di Kuala Lumpur sebelum ini cuba membuat donat ini sebelum mula menjualnya di gerai,” katanya.

Menurut Nor Nafishah, dia kini mempunyai pelanggan tetap dan ada antara mereka sanggup membuat tempahan awal menerusi telefon kerana bimbang donat serta beberapa kuih lain habis dijual.

Beliau turut mengambil tempahan untuk katering dan majlis keraian pada Sabtu dan Ahad bagi menambah pendapatan sekeluarga.

Sementara itu, seorang pelanggan Nurnabila Ahmad berkata apabila mengetahui kisah donat hipster yang viral di laman sosial, beliau terus pergi ke gerai itu untuk mencubanya.

“Masa saya tiba, gerai tak buka lagi tetapi ramai pelanggan sudah beratur menunggu dan kebanyakannya mahu membeli donat hipster,” katanya sambil menyifatkan produk dihasilkan Nor Nafishah sangat lembut dan sedap. – BERNAMA

Tags: donatHipsterviral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi Coklat, Jaga Dipenjara Sehari & Didenda RM1,000

Next Post

Bas Panorama Langgar 3 Kenderaan Sedang Berhenti

Related Posts

Jerit Berkali-kali, Tapi Dengar Dengusan Nafas Adik Saja

Beri Donat Juadah Berbuka Kepada Jiran Sehari Sebelum Kelar Bayi Hingga Mati – Jiran

17/03/2024
0

PASIR GUDANG: Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati, semalam, sempat berkunjung bersama suami dan anak tunggal mereka ke rumah...

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Next Post

Bas Panorama Langgar 3 Kenderaan Sedang Berhenti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd