• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima 8 Aduan Berkaitan Macau Scam Di Johor Bahru

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pihak polis menerima lapan laporan berhubung penipuan yang dipercayai dikenali sebagai ‘Macau Scam’ sepanjang minggu lepas hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata berdasarkan modus operandi sindiket itu, mangsa akan dihubungi seorang individu yang mengaku sebagai pegawai bank atau polis.

Beliau berkata individu terbabit kemudian akan memberitahu kononnya akaun mangsa terlibat dengan transaksi yang tidak dibenarkan.

“Sindiket itu seterusnya mengugut mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak mengikut arahan mereka agar memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiga daripada lapan mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 51 dan 56 tahun mendakwa dihubungi sindiket terbabit menggunakan modus operandi yang sama dan terpedaya sehingga kerugian sebanyak RM35,200.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengabaikan panggilan tersebut dan segera menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat JBU di talian 07-5605600 atau Ketua Bahagian JSJK IPD JBU; ASP Fazli Md Rashid 012-7817047. – BERNAMA

Tags: Macau Scampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd