• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja Pemulihan Sistem Saliran Di Kemasik Dilakukan Segera

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kerja-kerja mendalam dan melebarkan sistem saliran di kawasan Kemasik di sini dilakukan segera bagi melancarkan aliran air yang bertakung di kawasan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Ir Rosli Othman berkata kerja-kerja tersebut dilakukan sejak awal pagi tadi melibatkan beberapa kampung iaitu Kampung Baru Kanan dan Kampung Baru Kiri.

“Banjir yang berlaku di kawasan Kemasik ini kerana dua faktor iaitu limpahan air sungai dan sistem saliran yang mana kita telah kenal pasti ada beberapa kawasan longkang dan parit perlu didalamkan dan dilebarkan.

“Saya dah minta supaya kerja-kerja ini dilakukan segera hari ini dan mesin serta jentolak telah dihantar untuk mendalamkan longkang dan parit…mungkin selepas ini tak akan berlaku penambahan keluarga dan mangsa yang berpindah lagi kalau cuaca juga dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik.

Turut sama meninjau mangsa banjir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Left Kol Che Adam A Rahman.

Terdahulu, Rosli turut turun padang meninjau kerja-kerja mendalamkan sistem saliran di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir itu.

Rosli berkata banjir kali kedua yang melanda kawasan tersebut turut disebabkan oleh penambakan tanah yang tidak terkawal oleh beberapa pihak yang membina rumah.

“Sebenarnya sebelum ini dah ada longkang yang dibina tetapi sekarang banyak orang tambun tanah yang mana dahulu tanah tersebut merupakan tanah pertanian, sekarang mereka pecah lot buat rumah dan kawasan takungan air dah tak ada…sebab tu berlaku macam ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai banjir yang berlaku, Che Adam berkata ia tidak terlalu serius apabila dua daripada empat pusat pemindahan telah ditutup sejak semalam.
“Banjir ini tak terlalu serius kerana kesedaran komuniti yang mengambil tindakan untuk berpindah awal dapat mengurangkan risiko buruk berlaku…ini yang kita puji penduduk dan pemimpin setempat kerana mereka telah bersedia lebih awal,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirIr Rosli OthmanSistem Saliran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd