• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSM Serah Memorandum Gesa Kerajaan Kaji Perinci Sebelum Laksana Skim PPBP

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kesihatan bagi menggesa kerajaan melaksanakan kajian terperinci sebelum memperluas Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) pada tahun depan.

Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj berkata pelaksanaan PPBP ke lapan hospital lain di negara ini dikhuatiri mengudang pelbagai masalah terutamanya kepada pesakit biasa.

“Pelaksanaan PPBP boleh menjejaskan kualiti rawatan yang diterima pesakit biasa yang tidak mampu membayar lebih, dan skim itu juga membuatkan doktor pakar tidak mendapat rehat secukupnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Menurutnya pelaksanaan PPBP juga boleh menyebabkan doktor pakar kerajaan enggan berkhidmat di kawasan luar bandar kerana tidak dapat mencari wang tambahan di kawasan itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bahawa PPBP, yang dilaksanakan di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya, akan diperluas ke hospital lain di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh, Ipoh, Kuala Lumpur, Klang dan Seremban.

Skim itu diperkenalkan kementerian bagi memberi pendapatan tambahan kepada doktor pakar di hospital-hospital kerajaan sekali gus menggalakkan mereka kekal berkhidmat dengan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Dr Jeyakumar DevarajPSMSkim PPBP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majikan Paksa Pekerja Asing Tarik Balik Aduan – PSM

Majikan Paksa Pekerja Asing Tarik Balik Aduan – PSM

25/03/2024
0

Tiga pekerja Bangladesh yang ditahan reman oleh polis berhubung insiden pertengkaran minggu lalu mendakwa majikan mereka cuba memaksa mereka untuk...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd