• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Coklat, Ibu 4 Anak Dipenjara 14 Hari & Didenda

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ibu empat anak dipenjara 14 hari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 10 keping coklat, semasa cuti perayaan Krismas lepas.

Majistret Umzarul An-Nur Umar memerintahkan Zariyah Mohd Salleh, 42, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Dis lepas.

Mahkamah juga memerintahkan Zariyah dipenjara empat hari lagi jika gagal membayar denda itu.

Penjual kasut itu didakwa mencuri coklat yang kesemuanya bernilai RM49.40 milik Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India, di sini, pada 5.20 petang, 25 Dis lepas.

Zariyah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yusha memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia perlu bekerja bagi menyara empat orang anaknya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian pengawal keselamatan ternampak seorang wanita dalam keadaan mencurigakan dan selepas semakan dibuat, 10 keping coklat disimpan di dalam beg sandangnya tanpa resit bayaran. – BERNAMA

Tags: Curi Coklatdipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Lelaki Dicekup Curi Coklat RM39 Di Pasar Raya

Lelaki Dicekup Curi Coklat RM39 Di Pasar Raya

12/08/2025
0

AMPANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun selepas mencuri coklat bernilai RM39 di sebuah pasar raya di di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd