• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Ikan Lumba-lumba Dijumpai Dengan Candat Sotong Dalam Perutnya

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bangkai seekor ikan lumba-lumba dewasa jantan jenis gigi kasar dijumpai di pantai Kampung Pintasan, Kota Belud, kira-kira 75 kilometer dari sini pada malam menjelang Krismas, dengan satu candat sotong tersangkut di dalam perutnya.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata candat sotong berukuran lapan inci itu menyebabkan ikan tersebut mengalami trauma teruk dan komplikasi lain.

“Kami segera menghantar unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) untuk menjalankan siasatan lanjut tentang kes ini dan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada ikan lumba-lumba itu.

“Walaupun ia petang menyambut Krismas, WRU mempunyai satu pasukan yang diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menangani kes seperti ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan pula berkata pasukan WRU berkenaan membawa pulang bangkai ikan itu ke Kota Kinabalu untuk dibedah siasat dan sedih dengan penemuan candat sotong di dalam perutnya.

Candat logam itu juga mengakibatkan septicemia (keracunan darah) dan kebuluran, yang membawa kepada kematian mamalia berkenaan.

“Sedih melihat hidupan laut yang secantik itu kehilangan nyawa akibat kebodohan manusia, walaupun ia tidak berkaitan secara langsung.

“Saya juga ingin menasihati orang ramai sekiranya mereka mendapati mamalia marin jenis ini terdampar di pantai pada masa akan datang, sila hubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah melalui talian 0128019289 atau emel kepada kami melalui [email protected],” katanya. – BERNAMA

Tags: bangkaiikan lumba-lumba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangkai Penyu Agar Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai

Bangkai Penyu Agar Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai

23/07/2022
0

DUNGUN: Bangkai seekor penyu agar yang reput ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, di sini, kira-kira pukul 8...

Ikan Lumba-Lumba Dilatih Jadi Pengintip Russia

30/04/2022
0

MOSCOW : Russia mengerahkan tentera ikan lumba-lumba untuk berperang di kawasan laut serta berperanan melindungi armada dari serangan dalam air....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd