Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: Peruntukan RM262J...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan...

Enakmen Kebajikan Haiwan 2015...

TAWAU - Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berharap Enakmen Kebajikan...

Video: Lupa Tarik Handbrake,...

MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang dialami oleh seorang wanita di China apabila...

KPWKM Sedia Bekerjasama Kaji...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan...

Bangkai Penyu Agar Reput Ditemukan Terdampar Di Pantai

DUNGUN: Bangkai seekor penyu agar yang reput ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, di sini, kira-kira pukul 8 pagi, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Abidah Zaaba berkata, penyu yang diikat beberapa batu bata di bahagian kepala dan kaki dipercayai mati akibat perbuatan khianat.

Menurutnya, bangkai penyu yang dianggarkan berusia 15 hingga 20 tahun ini ditemukan orang awam yang berkunjung ke pantai tersebut.

“Selepas diperiksa didapati penyu tersebut berada dalam keadaan terseksa kerana kepala dan kaki diikat dengan batu-bata. Kita percaya tindakan ini dilakukan nelayan selepas penyu tersebut memasuki pukat mereka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Abidah berkata, berdasarkan bangkai penyu tersebut pihaknya percaya penyu itu telah mati kira-kira seminggu lalu.

“Kita tidak dapat mengenal pasti jantina penyu tersebut kerana ekornya telah reput,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori