• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Suspek Ditahan PDRM Disyaki Terlibat Aktiviti IS Di Syria

oleh AK-47
23/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga suspek, dua wanita dan seorang lelaki berjaya ditahan Cawangan Khas Bahagian Memerangi Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tengah malam tadi disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini berkata, kesemua suspek adalah rakyat Malaysia dan berumur antara 28 hingga 34 tahun.

“Seorang daripada suspek tersebut yang berusia 34 tahun adalah isteri kepada individu yang telah dituduh pada 11 November 2014 atas kesalahan menghasut, menggalak atau memperolehi harta bagi pelakuan tindakan keganasan.

“Sementara seorang lagi suspek wanita yang berusia 28 tahun bekerja sebagai “Pengurus Acara” di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Press_IGP_1Press_IGP_2

Menurut Khalid, suspek lelaki berusia 33 tahun dan bekerja sebagai seorang Penolong Eksekutif di sebuah Badan Berkanun.

“Kesemua mereka disyaki terlibat dalam mengendalikan beberapa Facebook yang ada kaitan dengan aktiviti kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria.

“Mereka juga disyaki terlibat dalam aktiviti pengumpulan dana yang ada kaitan dengan aktiviti penghantaran rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS,” kata Khalid.

Beliau berkata kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab 6A – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: ISpolisSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd