• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Suarakan Hak Palestin Di PBB

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALI pun Mesir menarik diri saat akhir dalam usul mendesak Israel menghentikan projek penempatan haram di wilayah Palestin, Malaysia tampil bersama New Zealand, Venezuela dan Senegal melobi draf usaha tersebut di Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Resolusi ini mendesak Israel membatalkan semua pembangunan di kawasan kontroversi milik Palestin. Angka menunjukkan 500 ribu penduduk Israel menceroboh dan membangunkan kawasan perumahan di atas tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat.

Usaha kelmarin berjaya mendapat kelulusan 14 negara anggota UNSC. Ia satu kejutan besar. Apa lagi hanya Amerika Syarikat (AS) berpendirian berkecuali dalam proses itu.

Mesir menarik diri setelah bakal Presiden baharu AS, Donald Trump campur tangan, selain berdepan tekanan dari rejim Israel.

Selain berjaya mumujuk Mesir menarik diri, Trump turut cuba mendesak Washington menggunakan kuasa veto membatalkan resolusi tersebut.

Selepas lapan tahun, ini resolusi anti-Israel yang pertama berjaya diterima tanpa veto AS selepas 14 daripada 15 anggota UNSC menyokong dokumen itu.

Bagi Malaysia, ini usaha konsisten sejak menyatakan sokongan kepada Plaestin sejak 1958.

“Ia hari kemenangan undang-undang antarabangsa, kejayaan untuk menolak penindasan dilakukan secara berleluasa oleh Israel selama ini,” kata Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat.

Israel sudah bertindak balas dengan mengumumkan pembatalan semua sumbangan kewangan kepada PBB. – Mynewshub.cc

Tags: PBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd