• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kristian Ajar Murid Islam Baca, Hafal Al-Quran

oleh
25/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Ini cukup luar biasa… Selama berdekad-dekad, seorang lelaki Mesir beragama Kristian sanggup mengajar kanak-kanak Muslim di perkampungannya membaca dan menghafal Al-Quran.

Bahkan menurut laporan media tempatan, Al Bawaba, Ayad Shaker Hanna mempunyai sebuah bilik darjah kecil di rumahnya yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak di kampung Akoris untuk membaca dan menulis.

Menurut stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, warga emas berusia 80 tahun itu hanya mengenakan yuran yang kecil, malah mereka yang langsung tidak mampu membayar yuran, masih boleh belajar secara bercuma.

Ayad dilaporkan sebagai orang pertama di Akoris yang dapat belajar membaca. Desa terpencil itu pula terletak berdekatan bandar Tahna Al-Jabal, wilayah Menia, kira-kira 293 kilometer dari ibu kota Mesir, Kaherah.

Kini sudah bertahun-tahun lamanya, beliau mengongsi pengetahuannya itu dan ‘berkorban’ tenaga mengajar kanak-kanak di kampungnya itu agar mampu membaca dan menulis, termasuk menghafal ayat-ayat Al-Quran.

“Orang Kristian menuruti ajaran Nabi Isa AS manakala orang Islam menuruti ajaran Nabi Muhammad SAW. Namun di kejiranan ini, Itulah kasih sayang yang sudah kami kongsi bersama-sama sejak dulu lagi,” kata Ayad.

Menurut Al Jazeera yang memetik Al Bawaba, Ayad sendiri mempelajari tentang Al-Quran semasa pernah berada di sebuah sekolah rendah tempatan, dan bapanya sendiri menggalak beliau untuk menghafal kita suci tersebut.

“Orang ramai kata Al-Quran ada menyatakan mengenai perkara yang ini dan itu… Kitab Injil juga berkata yang ini dan itu,” kata Ayad kepada pihak media apabila mengulas perbandingan antara dua kitab agama berkenaan.

Bahkan, Ayad juga berkata bahawa beliau berasa lebih dekat kepada Tuhan ketika membaca potongan ayat daripada Al-Quran, kerana kalamullah suci tersebut mengandungi banyak mesej kasih sayang dan belas kasihan.

ayad

Sheikh atau ketua kampung itu, Ahmed Mahmoud Osman, sendiri memuji usaha Ayad itu dan berkata: “Sejak begitu lama, kami beritahu orang ramai, pergi kepada Cikgu Ayad. Mengapa? Kerana sudah diketahui sejak begitu lama.

“Beliau sedia mengajar dan memupuk prinsip-prinsip mulia, membesarkan kanak-kanak ini dengan begitu baik. Jika anda mengajar mereka sejak awal pada peringkat asasnya, mereka akan belajar dengan lebih hebat.”

Usaha Ayad itu turut menerima pujian ramai netizen di dunia Arab dan serata dunia, menurut Al Bawaba dengan merujuk pengguna Facebook, Tanib Snow, menulis: “Saya Muslim, dan harus katakan, lelaki ini satu inspirasi.

“Untuk melakukan usaha ini, beliau mempunyai hati yang murni, dan orang sepertinya membuat dunia ini dunia yang lebih baik, sama ada anda percayakan Tuhan atau anda penganut agama lain. Benar-benar seorang wira.”

Seorang lagi pengguna media sosial, Amy Zins pula berkata bahawa Ayad “melakukan lebih banyak usaha dalam memerangi pengganasan berbanding. Beliau mencari persamaan, daripada mengacu pistol ke arah perbezaan kita.

“Saya tidak begitu mengenali Islam seperti agama Kristian, tetapi saya tahu betapa agama kita juga adalah serupa dari segi prinsip. Saya berharap lebih ramai memahaminya, daripada takutkan apa yang mereka tidak tahu.”

Seorang lagi pengguna Facebook pula dipetik Al Bawaba sebagai berkata: “Adalah baik kita belajar moral yang baik daripada mereka dan mereka belajar moral yang baik daripada kita. Lagipun kita semua adalah hamba Tuhan.”

Menurut Al Bawaba, kisah hubungan silang agama kukuh di Mesir sejak sekian lama itu didedahkan hanya seminggu selepas badan Islam di Mesir, Dar al-Ifta, mengeluarkan fatwa harus penganut Muslim dan Kristian menjalin persahabatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Al-QuranMesir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd