• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah 30 Tahun Program Di Iran Berjalan – PAS

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam program Taqrib bainal mazahib (di Iran) bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan. Anjuran kerajaan Iran. Turut dihadiri oleh ulama sunni dan syiah. Kenapa pula tahun ini menjadi polemik?”

Itu kenyataan balas Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berhubung kecaman penyokong Pakatan Harapan terutama Parti Amanah Negara (PAN) yang mahu mengambil kesempatan politik ke atas Abdul Hadi kerana menghadiri program agama di Iran.

Kata beliau, pihak yang mengecam PAS dengan hebat hanya kerana perkara tersebut sepatutnya melihat persoalan politik dunia dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab.

“Perbincangan lebih kepada persamaan untuk masalah umat Islam. Mereka tidak bincang bab tahlil, sambutan maulid boleh atau tidak. Mereka tidak bincang solat tarawikh lapan atau 20. Qunut boleh atau tidak, tahiyyat bergerak jari atau tidak, boleh sapu muka atau tidak waktu memberi salam.

“Mereka tidak leka dengan perbuatan untuk membidahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat. Walaupun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh PAS membawa budaya takfir. Apabila PAS menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada PAS,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris turut menegaskan, PAS tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran sebaliknya bersahabat kepada kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak, maka PAS bebas untuk menyuarakan pandangan.

Beliau mendakwa PAS telah lama dituduh membela syiah kerana kepimpinan ulamanya didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah tetapi sewaktu Perang Teluk antara Iraq dan Iran, PAS menyebelahi Iran.

“Walau pun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi PAS dituduh syiah,” katanya.

Tegas beliau, PAS berpegang kepada mazhab ahli sunnah wal jamaah, malah PAS pernah memecat ahlinya kerana menganut fahaman syiah kerana boleh membawa kepada perpecahan dalam parti.

“PAS menolak fahaman membidahkan orang lain sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Idris AhmadIranPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd