• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Musnah Persiapan Krismas & Sekolah Di Miri

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Persiapan menyambut Krismas esok bagi 35 penghuni rumah sewa kayu dua tingkat di Taman Bukit Orang, Batu 2, Bintulu musnah sekelip mata dalam kebakaran pagi ini.

Tuai rumah tersebut, Lisa Nyegang berkata, turut musnah ialah barangan persiapan sekolah anak penghuni yang baru dibeli seperti baju sekolah dan kasut untuk sesi persekolahan bermula 3 Jan depan.

“Tiada sambutan Krismas tahun ini, apa yang kami harapkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat membina khemah sementara untuk kami tinggal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau merayu bantuan diberikan secepat mungkin terutama barangan persekolahan memandangkan kesemua penghuni yang tinggal di rumah sewa itu bekerja sebagai buruh kasar.

“Saya sendiri baru saja membeli barang persekolahan untuk anak-anak namun ia musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hatta Gobel berkata, tragedi pagi ini merupakan tahun keempat berturut-turut berlaku kebakaran sehari sebelum Krismas di Bintulu.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat,” katanya sambil menambah ada penghuni menumpang di rumah saudara-mara buat sementara waktu.

Beliau berkata, Bomba Bintulu menerima panggilan pada 9.30 pagi dan tiba ke lokasi lima minit kemudian dengan kebakaran dikawal sepenuhnya pada 11.08 pagi.

Berdasarkan laporan diterima, sebanyak 35 penghuni iaitu 12 perempuan dan 23 lelaki, tinggal di rumah itu dengan menyewa 10 bilik.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu telah dimaklumkan agar bantuan dapat disalurkan dengan segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakarankrismas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd