• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Muda Tidak Perlu Lempar Kritikan Secara Positif?

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN) menolak pandangan bahawa sebarang kritikan ke atas kerajaan oleh golongan muda perlu disalurkan secara positif.

Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan berkata, saranan supaya kritikan ke atas kerajaan dilakukan secara positif kononnya klise politikus pemimpin kerajaan.

Beliau mendakwa saranan seperti yang dilemparkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu tidak menunjukkan sikap optimis.

“Pemuda PAN melahirkan kekecewaan terhadap sikap tidak optimis Menteri Belia dan Sukan terhadap usaha ini (Kongres Anak Muda).

“Komentar awal beliau agar sumbangan atau kritikan perlu disalurkan secara positif jelas merupakan klise politikus kerajaan yang cenderung sangsi dengan kumpulan ‘tidak sekepala’.

“Kami suka untuk menyeru Khairy agar buka minda dan positif dengan segala usaha generasi muda termasuklah yang kritikal terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy semalam menegaskan beliau mengalu-alukan sumbangan idea dan pandangan gerakan belia termasuk daripada pihak pembangkang dalam pembangunan negara.

Beliau bagaimanapun berkata pandangan tersebut perlulah ke arah perkembangan positif dan bukannya mempunyai agenda tertentu.

Beliau mengulas gerakan belia dikenali Demi Malaysia yang dipelopori kumpulan anti kerajaan mahu mengadakan Kongres Anak Muda Malaysia 2017 pada Februari tahun depan.

Kongres itu kononnya untuk memposisi semula kekuatan golongan muda bagi merencanakan masa depan Malaysia seperti yang mereka mahu.

Khairy dalam pada itu mempersoalkan matlamat, niat dan tujuan sebenar gerakan belia itu namun berharap mereka dapat menyumbang idea kepada pihak kerajaan dengan baik.

Malah, katanya, Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan Perdana Menteri juga menuntut input daripada golongan belia bagi membentuk masa depan negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BeliaMohd. Sany HamzanPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd