• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Ke Melaka Meningkat 4.3% Kepada 12.74 Juta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jumlah kedatangan pelancong ke Melaka mencatatkan peningkatan 4.3 peratus kepada 12.74 juta orang bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau negeri Datuk Ghazale Muhamad berkata daripada jumlah itu 8.48 juta orang adalah pelancong domestik manakala selebihnya pelancong asing.

“Daripada angka itu, jumlah kedatangan pelancong domestik menurun sebanyak 2 peratus. Pelancong asing pula meningkat 19.6 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Replica Kek Terbesar dalam Malaysia Book of Records (MBOR) di Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di sini, malam tadi.

Sijil pengiktirafan MBOR itu disampaikan Pegawai Penyelidik dan Penganalisis MBOR T.Lavnesh kepada Pengarah dan Pengasas A’Famosa Resort Datuk Alex Lau. Kek itu dihasilkan bersempena sambutan Hari Natal, Tahun Baharu 2017, Tahun Baharu Cina dan ulang tahun pertama FAO.

Kek gergasi enam tingkat setinggi 18.9 meter dengan ukur lilit 16 meter menggunakan kayu dan polisterina yang mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan membabitkan 100 kakitangan resort itu dan ditempatkan di hadapan FAO.

Mengulas lanjut, Ghazale berkata pelancong dari China merupakan yang tertinggi dengan jumlah 1.14 juta orang direkodkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini diikuti pelancong Singapura (1.08 juta orang), Indonesia (563,941 orang), Taiwan (128,504 orang) dan Jepun (96,917 orang).

Beliau berkata jumlah kedatangan pelancong China meningkat kira-kira 60 peratus pada tahun ini berbanding 711,800 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

“Kita percaya peningkatan jumlah kedatangan pelancong China ke Melaka pada tahun ini mungkin disebabkan adanya penerbangan terus dari bandar Guangzhou, China ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata bagi pelancong domestik, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1.32 juta orang diikuti Kuala Lumpur (1.13 juta), Johor (1.02 juta), Negeri Sembilan (473,058) dan Terengganu (467,937 orang). – BERNAMA

Tags: MelakaPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd