• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Hazwan Raih 2 Gelaran Pada ABK 2016

oleh AK-47
24/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri menamatkan musim ini dengan bergaya selepas membolot dua gelaran pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 di sebuah hotel di Subang Jaya dekat sini, malam ini.

Bekas penyerang Selangor itu, yang sah menyertai juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan, dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.

Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, yang beraksi bagi pasukan Kelantan, melakar sejarah tersendiri dengan memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima selepas memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.

Bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim pula memenangi gelaran Pemain Tengah Terbaik untuk kali keempat selepas memenangi anugerah sama pada 2011, 2012 dan 2015.

Dua individu penting yang membantu Kedah menjulang Piala Malaysia musim ino iaitu Muhammad Rizal Ghazali dan Tan Cheng Hoe masing-masing dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Bekas pemain sayap T-Team Muhd Safawi Rasid, yang sah menyertai JDT pada musim depan, pula dipilih sebagai Pemain Muda Harapan.

Pada majlis berkenaan, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang merupakan pentadbir Liga Malaysia, turut memberikan dua anugerah khas kepada individu yang memberi sumbangan kepada bola sepak tanah air.

Pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima penghargaan khas selepas beliau disenarai pendek antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala mendiang Ah Wa, yang merupakan peminat fanatik pasukan Liga Super Perak, menerima anugerah penghormatan khas.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali turut menghadiri majlis itu.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP bagi mengiktiraf pencapaian pihak yang berkepentingan dalam Liga Malaysia.

Senarai Pemenang:
—————–

Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Pertahanan Terbaik: Muhammad Rizal Ghazali (Kedah)

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)

Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Kedah)

Anugerah Fair Play – Negeri Sembilan

Pemain Wanita Terbaik – Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) – Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak, 7 gol)

Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (JDT, 18 gol)

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Perdana) – Abdul Malik Mat Ariff(Kuantan FA, 10 gol)

Penjaring Terbanyak Import (Liga Perdana) – Ilija Spasojevic (Melaka United, 24 gol)

Pasukan Bola Sepak Terbaik – Johor Darul Ta’zim

Kelab Penyokong Terbaik – Melaka United

Laman Media Sosial Terbaik – Johor Southern Tigers

Laman Web  Terbaik – Johor Southern Tigers

Anugerah  Komuniti – Subadron Aziz Football Academy dan Kindness Malaysia

Anugerah Khas Piala Presiden – Kelantan

Anugerah Khas Piala Belia – Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17

Anugerah  Khas  Selamat  Datang  –  MISC  MIFA dan  PKNP FC

Penghargaan  Khas  –  Mohd Faiz  Subri  (Anugerah Puskas FIFA)

Penghormatan Khas – Mendiang Ah Wa

– BERNAMA

Tags: ABKAhmad Hazwan Bakribola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd