• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF – Dollah Tak Pandang Rendah Kemampuan Myanmar

oleh AK-47
23/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter
JURULATIH skuad Harimau Malaya Dollah Salleh tidak memandang rendah keupayaan Myanmar, yang menjadi lawan pertama skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura esok.
Pengendali kelahiran Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar, yang diketuai Kyaw Ko Ko, mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.
“Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar sebuah pasukan yang agak hebat.”Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak beliau (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini,” katanya selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 Nov di Stadium Jalan Besar.

“Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain. Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar,” katanya.

Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 Nov ini.

Sementara itu, pemain veteran negara Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan mengutip tiga mata penuh dalam dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand bagi mencerahkan peluang skuad negara ke separuh akhir.

“Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya. Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya,” kata kapten kelab Felda United FC itu.

Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat berkata pemain begitu bersemangat bagi menghadapi edisi ke-10 kejohanan bola sepak membabitkan negara Asia Tenggara itu.

Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara, terutama di bahagian tengah, dan beliau bertekad menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih jika disenaraikan.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Singapura kelmarin sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu. – BERNAMA

Tags: bola sepakSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd