• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Sumbang RM50k Bantu Wanita Koma

oleh AK-47
23/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – UMNO Johor akan menyumbang RM50,000 kepada keluarga pesara kerajaan yang koma ketika melancong di Turki baru-baru ini, bagi membantu meringankan beban keluarganya.

UMNO Johor turut merakamkan rasa dukacita kepada keluarga Sharipah Saadah Mohamed, 57, yang kini terlantar di hospital kerajaan di Bursa, Turki kerana pendarahan otak akibat serangan darah tinggi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Md Jais Sarday berkata beliau telah berhubung dengan Duta Besar Malaysia di Ankara bagi mengetahui keadaan sebenar pesakit.

“Saya sudah hubungi kedutaan di Ankara yang memaklumkan Sharipah sedang dirawat di hospital kerajaan di Bursa yang jauh lebih kurang 100km dari Istanbul,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya beliau difahamkan pihak keluarga merancang untuk memindahkan Sharipah ke hospital di Istanbul tetapi memerlukan perbelanjaan yang belum dikenal pasti.

“Bagaimanapun, pihak kedutaan telah menghantar delegasi bagi meninjau keadaan pesakit secara terperinci.”

Selain itu, Md Jais memaklumkan pihak kedutaan Malaysia di Ankara meminta agar sumbangan dapat disalurkan melalui Wisma Putra bagi memudahkan urusan.

“Saya juga ingin menyeru pelbagai pihak yang ingin menyumbang boleh menghubungi UMNO Johor bagi memudahkan penyelarasan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi setiausaha kerja Badan Perhubungan UMNO Johor di talian 019-338 7121 atau pengerusi biro kebajikannya di 019-7557345. – BERNAMA

Tags: Datuk Md Jais SardayUMNO Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

30/06/2026
0

MUAR - "Alhamdulillah, letaklah jawatan". Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd