• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Juruterbang Dalam Keadaan Stabil

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Keadaan pembantu juruterbang Kapten Wai Lik yang cedera dalam nahas pesawat Beechcraft B-200T yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth petang semalam, dilaporkan stabil.

Menurut abangnya yang enggan dikenali berkata adiknya sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

“Saya tidak dibenarkan memberi sebarang maklumat dan apa yang saya boleh beritahu adalah dia dalam keadaan stabil,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di HPP hari ini.

Abang dan dua lagi anggota keluarga Wai Lik, 26, tiba di hospital itu kira-kira 1 tengah hari dan dilihat meninggalkan HPP pada 2.30 petang.

Sementara itu, seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cedera dalam nahas malang itu, Sarjan U Mohd Sofi Azizan, 29, kini dirawat di Wad Ortopedik HPP.

Isteri Mohd Sofi, Ainul Maziayana Mohd Hassan, 27, masuk ke wad itu kira-kira 1.30 tengah hari dan dilihat membantu mengelap badan suaminya sebelum doktor datang menerangkan keadaan suaminya yang mengalami lebam di muka itu.

Pesawat TUDM yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 3.30 petang semalam terhempas di Pangkalan Udara Butterworth ketika sesi latihan menyebabkan juruterbang Mejar C. Kayamboo, 44, terbunuh manakala tiga yang lain cedera termasuk Lt Hamid Hanafi, 26. – BERNAMA

Tags: Kapten Wai LikPesawat TerhempasTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd