• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mohon Jadi Pencelah Saman Zaid Terhadap Ambank

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk menjadi pencelah dalam saman pemula dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim terhadap AmBank Islamic Berhad.

Saman pemula ex-parte (sebelah pihak) difailkan Zaid terhadap AmBank Islamic Berhad bagi memohon bank itu mendedahkan lima akaun yang didakwa milik perdana menteri di bank berkenaan membabitkan isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Perkara itu dimaklumkan peguam Nizam Bashir yang menyebut bagi pihak peguam utama Zaid, Americk Sidhu kepada pemberita ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Engku Nurul Ain Engku Muda.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Nik Alia Nik Hanafi mewakili Najib dan Grace Yeo mewakili Ambank.

Nizam berkata mahkamah menetapkan 4 Januari untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan lanjut berhubung permohonan Najib. Nik Alia pula berkata permohonan Najib itu difailkan pada 14 Disember lepas.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 21 Oktober lepas, Zaid antaranya memohon perintah mahkamah untuk membenarkannya atau peguamnya memeriksa dan mengambil salinan kemasukan yang dibuat dalam lima akaun AmBank Islamic Berhad yang didakwa milik Najib. – BERNAMA

Tags: samanzaid ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

PMX Anwar Masih Tunggu Surat Anthony Loke, Zaid Ibrahim: “Hentikan Drama Ini”

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyindir perkembangan berhubung peletakan jawatan Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd